
Jemaah sedang menunaikan solat sunat Terawih di MAsjid An Nur, Campo Alor, Dili, Timor Leste. Masjid An Nur adalah masjid terbesar di Dili dengan kapasiti ruang utama dapat memuatkan lebih kurang 15 saf jemaah di mana setiap saf sekitar 120 orang (kapasiti sekitar 2000 orang jemaah). Terawih disini meriah semeriah solat2 fardhu lain dibulan biasa, bahkan mungkin kehadiran solat berjemaahnya ( Percentage hadir solat fardhu di masjid per muslim population) lebih baik berbanding kawasan kawasan luar bandar di tanah air tersayang..
Alhamdulillah, hari ini hari ke 5 saya berpuasa di Dili, Timor Leste untuk Tahun 2009 (1430 Hijrah). Dan malam ini juga adalah malam kelima saya berterawih di sini. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dili adalah pada 15 September 2008 iaitu bersamaan 15 Ramadhan 1429 H. Setahun rupanya sudah berlalu, rezeki Ramadhan saya tahun ni di Dili lagi rupanya. Tahun lepas saya cuma dalam trip yg singkat, jadi tidak berpeluang berterawih setiap malam di masjid. Tahun ini, Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berterawih di Masjid An Nuur, Campo Alor.

Slot Ceramah Singkat di malam Ramadhan di Masjid An Nur, Dili, Timor Leste. Hadirin khusyu' mendengar ceramah oleh Imam Besar Dili, Syeikh Arif Abdullah. Kelihatan juga adalah manager saya dan rakan sekerja yang turut sama mengimarahkan malam2 Ramadhan Dili bersama masyarakat Timor Leste
Format terawih di sini adalah Isya’ – Terawih (8 rakaat) – Ceramah Singkat (10-15 minutes) – Witir (3 Rakaat). Solatnya mungkin biasa biasa sahaja, seperti juga di Malaysia, tetapi yang menariknya adalah slot ceramah singkat. Setiap malam, orang yang berlainan (tapi kadang2 ada yg berulang – i.e. imam besar masjid) akan ke hadapan untuk berceramah, menyampaikan nasihat, khatirah, menarik juga saya lihat apabila masyarakat diberi peluang untuk berucap di kalangan masyarakat mereka. Ada yang bercerita tentang perjuangan Islam di Timor Leste, ada yang menasihat tentang ibadah, menceritakan pengalaman diri dan lain2. Malam ini, cerita yang dikongsi agak menarik jadi ingin saya kongsikan disini.
Lunas dengan segelas susu
Pada suatu hari, seorang anak jalanan (kecil & susah), berjalan kepenatan meintasi satu kawasan perumahan. Tetapi keadaannya yang serba kesusahan tidak diendahkan oleh orang kebanyakan sehinggalah tiba di depan rumah seorang perempuan ini. Melihatkan keadaan anak kecil itu, wanita ini menjemputnya masuk dan memberinya minum segelas susu. Dengan penuh kenikmatan, anak kecil ini meneguk habis segelas susu tersebut lalu mengucapkan terima kasih dan meninggalkan rumah itu.
Beberapa puluh tahun kemudian, ketika usia makin lanjut, wanita ini diserang suatu penyakit yang memerlukan operasi yang menelan belanja yang sangat besar. Tetapi kerana sudah tiada pilihan, dia terpaksa membuat keputusan untuk mendahulukan pembedahan tersebut (tanpa memikirkan bagaimana bayarannya). Ditakdirkan Allah Taala, doktor pakar yang mengepalai pembedahan itu adalah anak kecil yang diberikan susu oleh perempuan tua itu. Pembedahan dijalankan tanpa si wanita tadi mengetahui perihal doktornya itu..
Selesai pembedahan dan setelah agak pulih, wanita tadi menanyakan kepada pihak hospital akan bilnya. Bil yang tebal beserta laporan detail pembedahan dibawa kepadanya sedang di atas sekali tertulis sebuah nota, “Lunas dengan segelas susu..”
Wanita itu terpinga – pinga lalu menanyakan kepada jururawat itu apakah maksud nota ini. Akhirnya setelah puas berdalih, jururawat itu membawa doktor pakar tadi. Doktor itu tersenyum melihat wanita tua itu lalu berkata, “Saya adalah anak kecil yang kamu panggil masuk ke rumah mu, lalu kamu menjamuku dengan segelas susu, ketika aku di saat itu, dalam kesusahan, sekarang bilmu telah aku bayarkan, sebagai ganti segelas susu yang kamu berikan itu…”
Pengajaran :-
1) Pendidikan itu sangat penting. Ia mengangkat darjat seseorang dan membolehkan seseorang itu berjasa, tidak kira kepada keluarga, agama atau masyarakat setempat. Tanpa pendidikan, martabat sesebuah bangsa tidak akan meningkat dan mereka akan terus di atasi/dimanipulasi oleh bangsa2 lain yang berpendidikan
2) Kebaikan yang ikhlas akan dibalas oleh Allah dengan sebaik2 ganjaran (di dunia atau di akhirat). Friman Allah Taala: “In ahsantum, ahsantum lianfusikum, wa in asa’tum falaha” (Jika kamu melakukan kebaikan, kebaikan itu adalah untuk diri kamu sendiri. Dan jika kamu melakukan keburukan, keburukan itu juga adalah untuk diri kamu sendiri !!” (Al Isra’ Ayat 7). Sunnah alam, kebaikan akan dibalas kebaikan dan keburukan akan dibalas dengan keburukan. Maka setiap kali anda terfikir untuk melakukan keburukan, maka ingatlah kerana pilihan anda itu, Allah akan membalas/mengurniakan anda keburukan juga kerana pilihan anda itu !
Wallahu’alam
Fendy,
Dili, Timor Leste


